Pages


Thursday, 27 October 2011

Aku Cemburu Ya Allah... :(



Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.
Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.
Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.





Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.






Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.
Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.
Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin... :)

SWEET LOLLIPOP

Tegakkan Agama Islam!

Sebarkan!!!
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

mengagumkan!!!
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

SWEET LOLLIPOP

Tuesday, 5 July 2011

Adam Dan Hawa...

                                Mahligai Kebahagiaan






Untuk suami.. renungkanlah. ..


Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. .

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...


Untuk isteri.. renungkanlah. ..



Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia
Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya. .

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...


SWEET LOLLIPOP

*...My StoRy...*

My sToRy…JJJ,,
            *“Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran…”*
Assalamualaikum…dah lama ana tak update belog! Maaf…tersangat busy sampai tak cukup masa nak update belog..;) kepala pun udah pusing (cakap indon…he..he..) Okey! Actually ana baru balik dari Kem Pendidikan Luar 1 Malaysia. Mak oii!!! Penat yang amat…
  

Walaupun sangat memenatkan, kem tu best sangat-sangat.! Rugi tak join sekali..he..he.. Pengalaman yang menyeronokkan, dia punya aktiviti pun tak lasak mana pun… Haa! Satu lagi, kalau wisel dibunyikan sebanyak tiga kali, semua kena meniarap atas tar, tangan disilangkan di belakang, kaki pun disilangkan, dan sebelah pipi mesti letak kat atas tanah…  dan kalau wisel dibunyikan panjang sebanyak satu kali, semua kena PANTAS bertindak menuju ke arah wisel yang dibunyikan. Semua syampoo, mandian, perfume, sebarang jenis bedak @ alat2 mekap perempuan (bagi yang mekap) diminta menyerahkan barang2 tersebut kat kem commander..he..he... kitorang cuma dapat ubat gigi n berus gigi jea…hehe..sedih betul…L


Sepanjang kat sana, kitorang sembahyang berjemaah. WAJIB! Aktiviti-aktivitinya sangat  best… Contohnya main kayak, diajarnya kita berenang (air TERmasukk dalam hidung n TERsedakk, he..he..), masuk hutan, aktiviti menyelamat, n kawad kaki. Erh3…tak lupa juga kat aktiviti BURUNG HANTU yang sangat menakutkan itu.. kalau ada lagi aktiviti BURUNG HANTU nih, insyaAllah ana tak akan ikuti permainan nih lagi!                                                                            


Eee…sangat menyeramkan, ada ke patut di tinggalnya kita dalam hutan tu, nak nangis pun ada, nasib baik masih dapat control lagi..(he..he..).  Rindu umi n abah n family n kawan2 tak???  Ish3…siapa tak rindu orang yang tersayang tu,, ana rindu sangat10000x  kat UMI n ABAH, kak long n abg long ( happy always n kekal dunia akhirat..amin…J), n zariff (syayam zariff! The little tembam baby..he..he),       

Kat kak ngah ( tiap kali Nurul Izdihar dengar lagu Ya Badratim, teringat kat anti, anti kan selalu dengar lagu nih..anti pe habaq?rindu kat anti..huk3~~), kak lang ( tiap kali Nurul Izdihar dengar lagu mat shaleh, mesti ana teringat kat anti..hehe J), dik da (jaga diri leklok duk asrama tu ya!), n dik yeh (jangan banyak sangat main ngan Mico anak beranak..:D).        



                                         And kat member2 sekelas…Aishiteru…!!! (ngeh3~~~).  
Setiap sekolah hantar wakil dua orang je untuk ke kem tu. Dari pelbagai daerah laa, Alhamdulillah, ramai jugak kenalan baru yang dapat. One day, tetiba je malam last tu hujan, malam tu kitorang kena bertugas sebagai sentry kat khemah2 pempuan. Walaupun hujan, ramai lagi yang belum tidur, entah apa yang diboraknya. Kitorang yang bosan pun, sambil bersentry tu, sempat lagi makan. (he..he..bukannya selalu dapat makan berjemaah, masa2 nih laa nak eratkan silaturrahim…J ).
Majlis perasmian  penutup oleh PPD Pasir Puteh, n sesi menyampaikan hadiah dijalankan dengan TERBAIK!!! Semua peserta kem berdiri tegak untuk menyanyikan lagu 1 Malaysia. Dengan semangat yang berkobar-kobar (semangat ingin pulang,,hehe), kami menyanyi.     

Dunia kian berubah                                                                                                                                perubahan melingkari                                                                                                                                     melaksana hasrat hati                                                                                                                                         kejayaan terbukti


Dunia yang megah                                                                                                                                               Dengan misi yang gagah                                                                                                                                   Kerana perpaduan                                                                                                                                                            Kita masih bersama


Kita satu bangsa, kita satu negara                                                                                                                                             Kita satu matlamat……OOOOO                                                                                                                            Kita satu bangsa, satu negara                                                                                                                                                                          Kita satu Malaysia


Bermulanya sekarang                                                                                                                                           Perjalanan dilaksana                                                                                                                                        Seia sekata sehati dan sejiwa


Membina masa hadapan                                                                                                                                       Menuju kejayaan                                                                                                                                               Kita semua rakyat Malaysia                                                                                                                      Harmoni saling menghormati




# Kita satu bangsa, kita satu negara                                                                                                                                    Kita satu matlamat……OOOOO                                                                                                                        Kita satu  bangsa, satu negara                                                                                                                               Kita satu Malaysia. (ulang #)
Begitulah kisah hidup ana sepanjang di kem.



p/s : Jangan tinggal solat, solat itu tiang agama, jika tiada tiang, maka runtuh lah akhlak kita.    
       : Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa              
       : Berbaik sangka sesama saudara
       : No couple-couple before AKAD 
     
          
   *Sekadar berkongsi pengalaman dengan kawan2 semua…Uhibbuki Fillah… kat mana pun kita pergi, kita tetap  hamba Allah..





SWEET LOLLIPOP

Sunday, 10 April 2011

KiSaH pD TaHuN 2011...

Assalamualaikum w.b.t...


Salam diberi pembuka bicara,
Mohon disambut dengan terbuka,
Sudah lama tidak bersapa
Akhirnya kita bersua juga...


(maaf kalau ada yg xkena ngan pantun tue,,hehe,,pantun cincaii je tue..~hehe..)


OKEY!Sebelum tu,,ana nak mintak maaf coz da lme x update blog,,Huh! Bz yg t'amat sgt lah kon0n,,
hmm,,pape pon,,Alhamdulillah dpt menulis lagii hri niy
                                             
Tp..xtahu nak tulis ape..hehe..:),, ok! Cuma nak bagitau ana sayang semua yang mengenali ana,, terutamanya kawan2 ana yg selalu menyuntik semangat ana untuk maju dalam hidup,,(abis tu,,maju ke x niy..??~heheehe)

Buatmu Sahabat..: Wan Nur Adni, Nadiatul Azimah, Nur Hidayah, Ainun Shafira, Muhammad Syahmin, 
Siti Nur Hawa, Nur Aqilah, Nur Syafika..dan tanganku pon da penat nak taip,, walaupun nama korang ada yg x di sebut,,DON'T WORRY!korang tetap lam hati..
SAHABAT YANG BAIK UMPAMA MENTARI YANG MENYINAR...
Uhibbuki Fillah..
Tidak akan pernah ada perkataan 'PERPISAHAN' diantara kita...
INSYA'ALLAH



SWEET LOLLIPOP

Thursday, 27 January 2011

FISABILILLAH...!!!Jihad Ke Jalan Allah...!!!

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI 
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT 
BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY 

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru 
di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai 
seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina 
baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. 

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut 
bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , 
sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" 
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi 
tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa 
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang 
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk 
memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... 


Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan 
pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. 
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita 
renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap 
sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.................... 

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham 
Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia 
dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian 

ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. 

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina) 


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 
(Sabda Rasulullah SAW) 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


SWEET LOLLIPOP

Ahlan Wasahlan